Pergi ke kandungan

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 146876 pada 12:46, 22 September 2006 oleh 219.95.191.207 (bincang) (→‎Sejarah)

Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: United Traditional Bumiputera Party) merupakan salah satu parti politik Malaysia tempatan di Sarawak.


Sejarah

PBB pada asalnya ditubuhkan daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Setiausaha Agung BERJASA yang muda dan idealistik ketika itu, serta Ketua Menteri dan Presiden PBB sekarang.

Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, BARJASA, SNAP, PESAKA dan SCA (Persatuan Cina Sarawak) membentuk sebuah Parti Perikatan pada Julai 1962. Ia dipengerusikan oleh Tun Jugah dan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agung.

Walau bagaimanapun PANAS menarik diri daripada Perikatan menjelang pengundian untuk menyertai parti pembangkang iaitu SUPP.

Selepas pilihanraya, Parti Perikatan ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama dan Datuk Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri pertama manakala Tun Jugah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.

Diantara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan pengyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP.

Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Seli. Didalam kabinetnya mempunyai tiga orang ahli PESAKA termasuk beliau sendiri, dua ahli BARJASA termasuk Datuk Patinggi Taib dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula perikatan hanya sebelum pengyingkiran Datuk Ningkan.

Sarawak mencapai satu satu lagi kemajuan didalam politik apabila BARJASA dan PANAS bercantum membentuk Parti Bumiputera dalam bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama kearah percantuman itu.

Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung.

Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti BUMIPUTERA dan PESAKA bercantum melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973.

Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB.

Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.

Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional Negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan Bumiputera.

Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini dalam 56 Bahagian, ahli-ahli telah menjangkau 300,000 orang dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri. Ia disokong penuh oleh kaum Bumiputera terutama golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Rujukan