Pergi ke kandungan

Anjing Barrocal Algarve

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Barrocal algarvio)
Anjing Barrocal Algarve
Negara asalPortugal
Trait
Berat Jantan 20–25 kg (44–55 lb)[1]
Betina 15–20 kg (33–44 lb)[1]
Tinggi Jantan 52–58 cm (20–23 in)[1]
Betina 45–55 cm (18–22 in)[1]
Bulu tebal dan licin, tanpa lapis bulu bawah
Warna paling kerap perang, kuning, kelabu, hitam, atau perang kekuning-kuningan, sama ada bertompok, padu, atau bertompok dengan putih; lapis bulu triwarna dan yang lain juga boleh diterima
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Barrocal Algarve[a] ialah satu baka anjing pemburu sarang arnab Portugis. Ia berasal dari rantau Algarve di Portugal selatan dan dinamai sempena subrantau Barrocal di rantau itu. Ia diiktiraf oleh Clube Português de Canicultura pada tahun 2015[2] dan oleh Direção-Geral de Alimentação e Veterinária Portugal pada tahun 2016.[3] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4] Tiada ujian kerja yang disyaratkan untuk pendaftaran.[1]

Anjing Barrocal Algarve ialah anjing pemburu sarang arnab tradisional dari rantau Algarve pada umumnya dan dari subrantau Barrocal khususnya. Ia dahulunya banyak di kawasan itu: pada pertengahan abad ke-20, terdapat sekitar 3500 ekor anjing, tetapi bilangan menjunam secara mendadak pada lewat abad itu dan menjelang tahun 1960-an terdapat kurang daripada 50 ekor yang tersisa; populasinya dianggap berisiko untuk kepupusan.[2] Sebuah persatuan baka, iaitu Associação de Criadores do Cão do Barrocal Algarvio ("Persatuan Pembiak Baka Anjing Barrocal Algarve"), dibentuk sama ada pada tahun 2004[5]:241 atau pada tahun 2006.[6] Sebuah kajian genetik molekul tentang anjing dimulakan pada tahun 2012 oleh Instituto Nacional de Investigação Veterinária ("Institut Penyelidikan Veterinar Kebangsaan");[5]:241 hasil-hasil keputusan awal mendapati indeks kepelbagaian genetik yang sebanding dengan yang pada baka-baka Portugis lain.[7]:53

Anjing Barrocal Algarve diiktiraf oleh Clube Português de Canicultura pada tahun 2015[2] dan menerima pengiktirafan rasmi daripada Direção-Geral de Alimentação e Veterinária sebagai baka anjing autokton yang berasal dari Portugal pada tahun 2016.[3] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4]

Sebuah pertunjukan anjing baka tunggal diadakan di Faro pada September 2022 dan sekali lagi pada September 2023.[8][9]

Anjing Barrocal Algarve adalah bersaiz sederhana dan lebih kurang bergaris luar persegi.[10] Ketinggian pada paras kelasa adalah dalam julat 52–58 cm (20–23 in) untuk jantan dan kira-kira kurang 3 cm (1.2 in) untuk betina, dengan toleransi perbezaan 2 cm (0.79 in) dalam setiap kes; berat ialah kira-kira 20–25 kg (44–55 lb) untuk jantan dan kurang sekitar 5 kg (11 lb) untuk betina.[10]

Lapis bulunya tebal dan licin, tanpa lapis bulu bawah. Lapis bulunya kerap berwarna perang, kuning, kelabu, hitam, atau perang kekuning-kuningan, sama ada bertompok, padu, atau bertompok putih; lapis bulu triwarna dan yang lain yang berbeza-beza juga boleh diterima.[10]

Tiada ujian kerja yang disyaratkan untuk pendaftaran.[1]

  1. ^ Jawi: انجيڠ بلروکل الݢرۏي; Portugis: cão do Barrocal Algarvio; barrocal algarvio
  1. ^ a b c d e f Barbado da Terceira (dalam bahasa Portugis). Clube Português de Canicultura. Diarkibkan pada 4 April 2020.
  2. ^ a b c Inês Rosado (2 Februari 2016). O Cão do Barrocal Algarvio vai ser a 11ª raça certificada em Portugal (dalam bahasa Portugis). Visão. Dicapai pada 11 September 2024.
  3. ^ a b [s.n.] (25 Februari 2016). Cão do Barrocal Algarvio reconhecido como Raça Autóctone Portuguesa (dalam bahasa Portugis). A Voz do Algarve. Dicapai pada 11 September 2024.
  4. ^ a b "FCI breeds nomenclature" [Tatanama baka FCI] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 11 September 2024.
  5. ^ a b [s.n.] (2021). Catálogo Oficial de Raças Autóctones Portuguesas (dalam bahasa Portugis). Lisbon, Portugal: Confederação dos Agricultores de Portugal; Direção-Geral de Alimentação e Veterinária. Diarkibkan pada 19 Januari 2024.
  6. ^ [s.n.] (25 September 2022). Criadores de cão do barrocal algarvio querem reconhecimento internacional da raça (dalam bahasa Portugis). Lisbon, Portugal: Diário de Noticias. Diarkibkan pada 25 September 2022.
  7. ^ Ana Elisabete Pires, Catarina Marado, Tânia Valério, Carla Borges, Diogo Mendonça, Fernanda Simões, José Ribeiro, Associação de Criadores do Cão do Barrocal Algarvio, José Matos (2012). Cão do Barrocal Algarvio: no encalço da sua identidade genética (dalam bahasa Portugis). VIII Congresso Ibérico sobre Recursos Genéticos Animais, Évora, Portugal, 13–15 September 2012: Resumo das comunicações. Sociedade Portuguesa de Recursos Genéticos Animais; Sociedad Española para los Recursos Genéticos Animales.
  8. ^ Monográficas 2022 (dalam bahasa Portugis). Clube Português de Canicultura. Dicapai pada 11 September 2024.
  9. ^ Monográficas 2023 (dalam bahasa Portugis). Clube Português de Canicultura. Dicapai pada 11 September 2024.
  10. ^ a b c Cão do Barrocal Algarvio (dalam bahasa Portugis). Clube Português de Canicultura. Dicapai pada 11 September 2024.