Naiyarat Thanawaigoses
Naiyarat Thanawaigoses | ||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kelahiran | ||||||||||||||||||||||||||||||
Warganegara | Orang Thai | |||||||||||||||||||||||||||||
Pekerjaan | Penggiat YouTube | |||||||||||||||||||||||||||||
Pasangan | Tharit Leelanukul (2017–kini) | |||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat YouTube | ||||||||||||||||||||||||||||||
Juga dikenali sebagai | zbing z. | |||||||||||||||||||||||||||||
|
Naiyarat Thanawaigoses (Bahasa Thai: นัยรัตน์ ธนไวทย์โกเศส ; lahir 17 September 1991) atau Pang (แป้ง ) ialah penggiat YouTube Thailand, yang terkenal melalui penstriman permainan video berbahasa Thai di saluran YouTube-nya, zbing z. Beliau mula membina video sejak tahun 2014. Akaunnya salah satu saluran strim langsung paling popular di Thailand dengan lebih dari 18 juta pelanggan pada 2 Oktober 2023.[1] [2]
Naiyarat dilahirkan di Bangkok, Thailand. Beliau lulus dari Universiti Dewan Perniagaan Thai. Pada April 2014, beliau memulakan strim langsung permainan video di saluran YouTube-nya. Permainan yang dimainkan biasanya bergenre seram. Beberapa tahun kemudian, beliau menjadi terkenal kerana membuat panduan bermain permainan video Ark: Survival Evolved. Tidak lama selepas video yang tular itu, Zbing Z disertai oleh ejen media pempengaruh Online Station pada 2016. Sebelum akhir tahun, Zbing Z berjaya mencapai bilangan sejuta pelanggan di YouTube. Pada 2019, Zbing Z telah melampui bilangan 10 juta pelanggan pada akaunnya. Zbing Z dianggap sebagai akaun YouTube permainan video penstriman langsung pertama di Thailand.[3]
Naiyarat dianggap seorang pempengaruh dan selebriti terkenal di Thailand.[4] terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pada 2019, beliau menjadi pempengaruh yang paling digemari kanak-kanak Thai menurut tinjauan impian kerjaya pada murid sekolah dasar.[5][6][7] Pada 2021, beliau dimasukkan dalam sebuah tinjauan sebagai salah seorang 100 orang Thai yang mempunyai hati yang gemar kerjaya oleh Ejensi Inovasi Kebangsaan.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Srimaneekulroj, Kanin (29 November 2017). "The game-playing life". Bangkok Post. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ ฐิติพล ปัญญาลิมปนันท์; วสวัตติ์ ลุขะรัง (14 September 2018). "รู้จัก zbing z. เกมแคสเตอร์ที่มีผู้ติดตามกว่า 6 ล้านคน". BBC News Thai (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Game Caster จากศูนย์ถึงล้าน : เปิดชีวิต แป้ง zbing z. ทุน 199 สู่สตูดิโอสุดอลังการ (คลิป)
- ^ แป้ง zbing z. เจ้าหญิงแห่งวงการเกม
- ^ ผลสำรวจชี้ 2562 เด็กไทยอยากเป็น "คุณหมอ" มากที่สุด แซง ครู แชมป์เก่า
- ^ “หมอ” ขึ้นอันดับ 1 อาชีพในฝันปีเด็กไทยปี 62 ส่วน “BNK48” นำโด่งไอดอลขวัญใจเด็กไทยปีนี้
- ^ วันเด็ก : ผลสำรวจพบเด็กไทย 'อยากเป็นหมอ' สูงสุด ส่วน 'นักแคสเกม-อีสปอร์ต' ติดอันดับ 5
- ^ “Zbing z.” ติด 1 ใน 100 คนไทยที่ได้รับการคัดเลือกจากสำนักงานนวัตกรรมแห่งชาติ