Pergi ke kandungan

Tanduk unikorn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takhta unikorn di Denmark.

Tanduk unikorn, turut disebut alikorn atau senggirik,[1][2] ialah sebuah objek legenda yang keberadaannya diterima di Eropah dan Asia dari waktu awal tercatat. "Tanduk" ini datang daripada makhluk yang dipanggil unikorn, yang turut dikenali dalam Alkitab Ibrani sebagai re'em atau seladang liar.[3] Banyak kuasa pemulihan dan kebaikan penawar dilambangkan dengan senggirik, menjadikannya satu daripada ubat yang paling tenar dan mahal ketika zaman Pembaharuan,[4] dan mewajarkan penggunaannya di lingkungan teratas. Kepercayaan berkaitan senggirik dipengaruhi oleh alkimia melalui perubatan spagirik. Sifat pemurnian tanduk ini malah diberikan ujian, sebagai contoh, dalam bukunya Ambroise Paré, Discourse on unicorn.

Kepercayaan terhadap kuasa senggirik berterusan sehinggalah abad ke-16, apabila sumber sebenarnya iaitu narwal ditemukan. Mamalia laut ini empunya asal senggirik tersebut, yang sebenarnya adalah gigi memanjang yang dijumpai pada mulut si jantan dan sesetengah si betinanya. Sejak itu, tanduk unikorn disebutkan dalam karya-karya fantasi, permainan lakon peran dan permainan video, yang memanfaatkan perlambangan legendanya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Shepard, Odell (1930). The Lore of the Unicorn. London: Unwin and Allen. ISBN 9781437508536.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "gerek". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 356 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ "re'em - Google Search". www.google.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-13.
  4. ^ Templat:Harvsp